Wednesday, August 15, 2012

Apa Itu Affiliate?

Bagi anda yang baru mengenali dunia internet marketer mungkin tidak faham ataupun  kurang faham apa itu affiliate. Malah perkataan ini mungkin sangat asing bagi anda jika sebelum ni anda tidak pernah mengetahuinya dan orang baru di dalam bidang ini.


Program affiliate adalah program dimana kita menjadi agen ataupun orang tengah untuk mempromosikan sesuatu produk dan mendapat komisen daripada produk yang kita  promosikan melalui kaedah online. Jika anda pernah pergi dan terjumpa di pasar-pasr malam atau di suatu sudut pasar raya seperti tesco ke,mydin ke dan sebagaimya anda mesti akan melihat orang yang mempromosikan produk pihak lain (usahawan atau syarikat) dengan cara mempromosikan kepada orang ramai. Konsep ini sama juga dengan affiliate. Mereka mendapat komisen hasil daripada setiap orang yng membeli manakala anda mendapat komisen melalui setiap pembelian melalui link anda. Kebiasannya link affiliate anda adalah seperti contoh ini http://www.my-qalam.com/hop.php?ref=020288. Setiap agen affiliate memerlukan link supaya mudah untuk anda promosikan dan juga untuk tujuan mengesan berapa banyak jualan yang link anda janakan untuk memudahkan pihak (usahawan ataupun syarikat ) membayar komisen kepada anda.


Bahagian akhir yang saya warnakan  ref=020288 adalah no ID bagi agen affiliate. Setiap orang mempunyai no id yang berbeza kerana melalui kaedah ini sistem akan mendapat rekod jualan yang anda lakukan. 
 
contohnya : Minah = http://www.my-qalam.com/hop.php?ref=minah
                  Milah = http://www.my-qalam.com/hop.php?ref=milah


Tanpa id sistem gagal untuk merekod jualan dan mungkin anda akan kehilangan pelanggan (oh...sedihnya). Jadi berhati-hati lah jika hendak melakukan promosi. Ada juga kes dimana pelawat tidak terus masuk melalui link anda contohnya www.my-qalam.com dan mereka terus masuk melalui link ini.kalau ini yang berlaku maka andalah yang rugi dan untuk mengelakkan perkara ini berlaku saya sarankan anda menggunakan TinyURL.com supaya link anda dapat dipendekkan seperti contoh ini http://tinyurl.com/6rbut7j .Simple dan mudahkan link anda dapat disembunyikan daripada pelawat anda.:)

 
Sudah tahu apa maksud affiliate tapi tak tahulah bagaimana cara sistem ini berfungsi?

Anda sudah tahu setiap agen affiliate memerlukan link untuk mempromosikan sesuatu seperti yang saya tunjukkan sebelum ini tapi tak tahu bagaimana sistem ini berfungsi.
 Secara ringkasnya ia berfungsi seperti ini:

         link affiliate (agen) + pembeli + web jualan  = komisen $$$

Penerangannya ialah pembeli klik pada link anda dan mereka membuat pembelian melalui web jualan daripada link yang anda promosikan. sistem affiliate akan merekod jualan yang berhak anda dapat. Jika produk itu berharga RM100 dan komisen yang diberi setiap jualan adalah 50% maka anda berhak mendapatkannya. Kalau ada 3 pembeli maka 3 x RM50 = RM150 yang akan anda dapat. Menarik bukan.. Bayangkan kalau sehari 3orang pembeli, kalau 30 hari  x RM150 = RM4500..banyak tu..masyuk-masyuk

contoh komisen affiliate

                                          
 
Mesti terujakan bila tengok duit masyuk macam nie...huhuhu
Takpa saya ajar anda bagaimana nak daftar link affiliate..

Daftar di http://www.hyperfanpage.com/affiliates. Anda akan dibawa di ruang agen affiliate di mana anda perlu isikan maklumat-maklumat yang diminta dahulu seperti nama anda.alamat, no telefon dan sebagainya. 

seperti contoh ini..
                                                   

imej ini hanya hiasan sahaja

Bagi anda yang baru mula untuk mendaftar pergi ke ruang "klik disini untuk mendaftar". Sesudah itu pihak admin akan menghantar email kepada inbox email anda untuk anda sahkan.

seperti contoh ini...
                                    
                                      

 imej ini hiasan sahaja

bila anda dah sahkan anda bolehlah log in ke akaun anda dan mulakan promosi..mudah kan..

seperti contoh ini

                                        

Kesimpulannya semua orang boleh menjadi agen affiliate tak kira tua, muda, miskin, kaya dan apa bangsa. Kitakan satu Malaysia..hehehe..Jika anda berminat untuk menjadi agen affiliate anda mestilah tahu bagaimana nak promosikannya. Melalui teknik pemasaran yang betul anda akan mendapat komisen dari program affiliate yang anda sertai. Apalah maknanya anda jadi agen affiliate tapi anda tidak dapat sesen pun duit dari program tersebut. Pada email yang akan datang saya akan kongsikan pula teknik pemasaran email yang betul untuk menjana keuntungan melalui program affiliate..Salam sukses

p/s : saya banyak menimba ilmu tentang perniagaan internet melalui blog smarzul. Jika anda ada masa rajin-rajinlah ke blog smartusha.com ye..banyak ilmu yang anda boleh belajar di sana.

p/s/s : saya suka kalau anda kongsikan ilmu ini dengan orang lain kerana ilmu itu untuk dikongsi bukan untuk disimpan :)

No comments:

Post a Comment